Wednesday, June 9, 2010

Puding triffle

Salam






Bahan-bahan
2 biji swiss roll (apa-apa perisa) kalau guna kek coklat pun sedap
1 tin fruit cocktail (asingkan buah-buahan dengan syrup cocktail)
3 sudu besar tepung kastad
1 tin susu ideal
Secubit garam
4 sudu besar gula
½ tin air
2 kotak kristal jelly nona (apa-apa perisa)

Cara menyediakannya
Swiss roll dipotong bulat dan disusun di dalam loyang. Tekan sedikit serta dibasahkan dengan syrup cocktail.Campurkan tepung kastad, susu ideal, air, gula dan garam dan dikacau dengan sebati supaya tepung kastad tidak berketul-ketul. Kemudian masak secara double boiler ATAU boleh juga dimasak terus di atas dapur dengan api yang sederhana dan perlu dikacau selalu supaya tidak hangit. Tuangkan di atas swiss roll tadi.Taburkan buah-buah cocktail. Bancuh kristal jelly nona mengikut sukatan yang dicadangkan. Tuangkan di atas kastad tadi. Simpan di dalam freeze. Boleh dimakan apabila jeli telah keras.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails