Wednesday, June 9, 2010

Diari seorang guru

Dulu aku memang tak pernah terfikir nak jadi seorang guru. Masa kecil-kecil dulu cita-cita aku pensyarah, doktor, standardlah kan..kadang-kadang tiap-tiap tahun bertukar. Lima tahun lebih aku bergelumang dalam syarikat penerbitan buku sebagai editor. Namun penghujung 2007 aku diterima masuk KPLI dan akhirnya aku bergelar guru.
Tahun ini aku kena mengajar murid tahun empat. Jadi guru kelas untuk kelas yang paling corot. Muridku tak ramai sangat, 26 orang aje tapi ramai yang tak tahu membaca. Hmm..sedihkan dah darjah empat tu..pening aku dibuatnya. Nakalnya bukan main lagi mengalahkan aku waktu sekolah dulu. Seingat aku, aku dulu memang agak nakal tapi pelajaran ok aje. Kadang-kadang aku tertanya-tanya inikah karma? Haha...nakal-nakal aku dulu pun biasa-biasa je.
Memang tercabar jugak kesabaran apabila muridku tak siapkan kerja yang aku suruh. Tulisan? hmm...macam belacan. Aku punyalah baik hati siap balutkan lagi buku latihan diorang tapi dalamnya...memang menyirap darah dibuatnya. Kadang-kadang suamiku komplen suara aku kat rumah pun dah kuat. Mana taknya hari-hari aku menjerit dekat kelas aku..kadang-kadang kelakar je dibuatnya. Macam-macam cara aku buat nak suruh muridku pandai membaca tapi setakat ni masih kurang berhasil. Kalau dulu set induksi macam-macam ABM yang aku buat tapi sekarang set induksi ku membebel bila dah masuk kelas. Mana taknya..nak kena aku bersuara baru nak dikutip sampah depan mata...ada dua tiga orang murid aku yang slow learner, itu yang susah tu. Time exam je tulis bahasa Jerman. Sudahnya aku bagi markah kesian je. Takkan nak letak 0 je kan..tapi itulah cabaran aku sebagai guru dalam alaf baru yang serba mencabar ni. Kadang-kadang takut juga bila baca situasi murid sekarang. Dah tak tahu nak respek cikgu. Dah ada yang pandai maki dan pukul cikgu. Masa zaman kita sekolah dulu tak pulak dengar benda-benda macam ni. Nasib baiklah aku mengajar sekolah rendah je. Setakat ni, walaupun ada jugak aku pukul anak murid aku (yelah..dah buat salah kan) takde la pulak parent datang cari aku. Harap-harap takdelah. Lagipun aku ni baik hati gak kadang-kadang ..kalau tak ikut cakap aku memang nahas le tapi kalau dengar cakap untung le sebab ada le benda yang aku bagi. makan ke...hadiah ke as long as murid aku nak belajar dan tak malas...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails