Wednesday, March 9, 2011

Asam podeh...



My asben suka sangat makan asam pedas. Maklumlah...org Johor katakan. Masalahnya org umahnya pulak bukannya pandai masak asam pedas. Apatah lagi nak lawan hasil tangan kakak ipar (asam pedasnya memang maveles) kalau kt kampung di Baling sana nun, asam pedasnya tak bertumis, ala2 singgang tapi letak cili dgn bawang yang ditumbuk la, pastu tambah air, letak daun kesum, serai, dah pun siap. Oleh sebab asbenku selalu sangat menyuruh masak asam pedas yg sedap macam kakaknya maka dengan patuhnya teman pun menuntut ilmu dari SIL.Uh mau berpeluh gak nak membuatnya. Mula2 buat my asben komen pedas giler. Haha..sebabnya teman taruk cili ada la sekilo. Tapi dah byk kali try macam2 pulak versi yang jadi. Kejap kaler merah, kejap kaler oren, kejap kaler nak kuning2 sket. Nasib tak jadi kaler purple je. So, sapa2 yg nak try boleh tengok resepi kt bawah ye....
bahan-bahan:
Ikan (tenggiri, merah or ikan duri)
3 sudu besar cili kering (dikisar)(kalau suka pedas boleh tambah sukatan)
1 sudu kecil lada hitam (dikisar)
5-6 ulas bawang merah (dikisar)
1 inci belacan(ukur le guna pembaris ek)
1 batang serai (dititik)
Asam keping atau asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Bendi atau terung
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Tumis semua bahan yang dikisar hingga naik bau. Tambah air dan biarkan mendidih. Masukkan daun kesum, bunga kantan ,serai dan terung atau bendi. Kemudian masukkan ikan. Masukkan asam keping atau asam jawa. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih baru diangkat. Sedia untuk dihidangkan.





Thursday, March 3, 2011

Cikgu vs murid


Baru-baru ni keluar pekeliling tentang guru tak dibenarkan menyentuh murid (perlakuan fizikal) waima merotan, memukul, menyekeh kepala, menjentik, mencubit perut, menarik sideburn etc yang sewaktu dengannya kecuali guru besar, dan guru tertentu yang diberi kuasa sahaja. Maknanya sebagai guru biasa termasuklah teman ni, tak dibenarkan langsung melakukan aktiviti yang serupa di atas. Tahniah kepada semua murid sebab selepas ini tidak akan ada lagi guru yang berani merotan anda walaupun anda tidak menyiapkan kerja rumah. Hmm...apo nak buek..teman redha jelah..yelah kalau melawan hukum tabii ni nanti diblacklist kan susah pulak jadinya.

Sebenarnya tugas seorang guru bukanlah mudah. Bukan hanya mengajar murid mengenal huruf tetapi juga segala macam ilmu, adab sopan, akhlak, rumah tangga dan sebagainya. Kalau ada dalam kalangan orang yg katakan tugas cikgu sungguh mudah, kerja separuh hari kan..gaji byk, cuti pun byk, teman dengan segala senang hatinya mengoffer kerja teman kepada org itu utk seminggu sahaja. Memang di atas kertas nampak senang, tapi beban tugas terlalu byk, cikgulah pengganti ibu bapa di sekolah, jururawat( bila murid tercedera terjatuh akibat suka sgt berlari), tukang cuci(bila murid buang air besar dlm seluar) kerani( utk data, kutip yuran, buku adab)selain tugas rutin semak buku murid. Malah kadang2 jd kaunselor tak bertauliah bila murid ada masalah termasuk ibu bapa yg menelefon mengadu hal rumah tangga)Sebab tu teman tak bagi no telefon bimbit teman kepada parents. Kalau ada hal call je pejabat atau datang sendiri jumpa. Sebab masa mula2 posting dulu teman dengan baik hatinya bagi no phone teman dekat parents..Apa jadi?? Siang malam asyik dapat call je..macam-macam aduan dan luahan perasaan..

Kini dunia dah berubah. Tugas guru kini tak lagi dipandang mulia sgt. Malah kadangkala dipandang sinis oleh segelintir pihak yg sudah berjaya dan berkerjaya. Padahal teman rasa unuk dia berjaya sampai tahap sekarang mesti ada cikgu yg mengajar dia dulu kan. Catatan ini bukan bias atau menyokong sebelah pihak. Tetapi sebagai guru, teman rasa teman perlu mempertahankan kredibiliti profesion teman ni. Tugas guru sekarang cukup mencabar. Guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah murid dan ibu bapa. Kalau dulu guru pukul murid, balik rumah bila mengadu dengan mak ayah, alamat cari nahaslah. Malah teman sendiri ada rahsia yang tak pernah teman bagitau emak teman bahawasanya teman pernah kena lempang dengan penolong kanan(nama dah lupa) sebab tak siapkan kerja rumah. Huhu...masa tu teman darjah 5 kot. Kalau sekarang sudah pasti teman akan mintak emak teman pergi balai polis, lepas tu pergi PPD untuk buat aduan..Tapi sekarang kalau jentik sikit je, haha..berduyun2le mak ayah datang ke sekolah. Ada yang advance terus mengadu kat jabatan, malah kalau boleh dia nak jumpa terus ngan Menteri Pelajaran. Itu baru cikgu jentik sikit je. Kalau kena lempang siap bawak lawyer lagi. Ada sesetengah pihak yg berpendapat tak elok guru ni garang, bengis, gunakanlah psikologi, pujukan, dan belaian manja. Memang betullah..tapi kalau dah segala macam tektik diguna pakai tak juga berhasil so apa lagi caranya??Murid sekarang memang terlebih bijak. Siap boleh kutuk cikgu guna Facebook lagi. Memang ada segelintir guru yg panas baran, memukul murid sampai di luar batasan tapi rasanya itu cuma segelintir sahaja. Mungkin mereka gagal mengawal perasaan. Tapi sejujurnya mana ada guru yang suka memukul murid jika murid itu tak melakukan apa2 kesalahan. Rasanya kalau ada, mungkin guru itu perlu dirujuk di hospital jiwa, mungkin dia bercita2 nak jadi tukang pukul tapi terjadi cikgu pulak.

Kadang2 masyarakat kita suka menuding jari kepada org lain, mempercayai secara buta tuli apa sahaja yg diadukan oleh anak mereka. Tapi tahukah mereka..ajaran tu bermula dari rumah. Jika ibu bapa mendidik anak mereka dengan baik, Insya Allah dia akan jadi murid yang baik dan menghormati guru. Kita lihatlah kalau guru tak dibenarkan memukul murid utk tujuan mendidik, apa akan jadi?? Jangan salahkan guru bila anak anda tak menghormati ibu bapa, kurang ajar dan gagal dalam pelajaran. Kata orang dulu-dulu, hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan bila rebung sudah menjadi buluh dan menikam mata sendiri baru nak menyesal. So, fikir-fikirkanlah ye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails