
Bahan-bahan
bahan B(kastad)
3biji telur
3 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu
Bahan lain
1 cawan makaroni
100g cheese(mozarella@cheddar@mix cheese diparut)
garam secukup rasa…
Bawang goreng(utk taburan)
Cara: *rebus makaroni sampai separa lembut.
Tumis bawang besar dan putih… kemudian masukkan serbuk kari..sampai sampai naik minyak..tambahkan air dlm 2 sudu kalau kering
Masukkan daging dan gaul sampai masak.. masukkan cili merah dan tambah garam
Masukkan makaroni dan daging dlm adunan bakar kemudian gaul2 bagi rata…taburkan cheese yg dah diparut
Untuk kastad, masukkan susu dlm bowl,kemudian masukkan telur.. pukul2 adunan .. kemudian masukkan tepung gandum
Tapis adunan kastad ke dalam adunan makaroni dan daging tadi
Bakar dgn 180 darjah selama 30minit bukak oven
Akhir sekali taburkan bawang goreng.. dan sambung bakar dlm 10 minit lagi ..
Sedangkan Nabi ampunkan umat..Kata-kata itu selalu aku dengar. Tapi aku manusia biasa. Walaupun terkadang aku boleh melupakan namun bila datang bisikan jahat di telinga terlalu sukar untuk aku memaafkan seorang lelaki ini. Percayalah walau sekuat mana aku cuba melupakan tetapi tiap kali itu juga segalanya terbayang di benak ini.
Ini bukan love story atau kisah jiwa luka ye.
Tanggal 2003 kalau tak silap aku malam Selasa
Waktu 12 malam lebih kurang
Lokasi: rumah sewaku di Kampung Baru
Aku dikejutkan dari tidur apabila telefon bimbitku berdering. Dengan separuh mamai aku mengagau gajet elektronik di atas kepala. Rupanya emak yang menelefon tetapi suaranya lain tidak seperti biasa.
Kenapa mak?
Kak Syidah meninggal.Itu kalimat akhir yang aku dengar kerana selepas itu aku terkedu. Aku tidak lagi mendengar kata-kata emak.Dan aku tidak sedar aku meraung sekuat hati selepas itu. Barangkali seluruh warga Kampung Baru terdengar tangisanku di malam hening itu.
Emak takkanlah..bukankah baru minggu lepas aku berjumpa Kak Syidah? Aku lihat dia sihat bukan terlantar. Jangan-jangan emak cuba membuat jenaka
Betul, jenazahnya dalam perjalanan ke rumah, balas emak dengan nada sendu.
Tuhan!!! Apa lagi aku mampu katakan tika saat begini. Air mataku jatuh bagai manik bertaburan dari rangkainya. Emak katakanlah ini hanya mimpi mak..aku tak percaya…
Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah, lebih kurang enam jam, aku hanya mampu menangis. Menangis dan menangis. Tiada kata-kata yang keluar dari lima tubuh yang berada dalam CRV milik abangku.
Aku tiba di kampung pukul 7 pagi. Tuhan tabahkanlah hatiku, aku berbisik perlahan. Aku bimbang akan kenyataan yang bakal aku tempuhi nanti. Adakah tubuhku akan tumbang atau aku akan meraung penasaran? Syahdu aku menatap wajah Kak Syidah. Serasa tidak percaya..minggu lepas aku pulang ke kampung aku sempat berbual dengan arwah.
Hatiku bertambah rawan apabila menatap anak-anak kakakku yang seramai enam orang. Yang kecil baru menginjak dua tahun. Wahai…anak saudaraku itu masih belum bisa memahami bahawa umminya telah tiada. Namun anak kecil itu bagaikan mengerti kerana dia langsung tidak mahu mendekati jenazah umminya.
Hingga saat jenazah diusung pergi aku masih tidak mampu percaya bahawa kakak kesayanganku telah tiada. Dan aku tidak berkesempatan berbicara buat kali terakhir dengannya. Aku tidak sempat memohon maaf atas kesilapanku selama arwah ada, tidak sempat menciumnya tanda kasih sayangku tapi aku hanya dapat mengucupnya bila hayatnya tiada. Duhai ke mana harus kubawa hatiku yang lara ini….
Paling aku sesalkan kerana lelaki itu bukan tidak tahu kakakku menghidap tiroid. Malah arwah meninggal di rumahnya seorang diri. Hanya anak sulungnya yang berumur 13 tahun ada di sisi. Di mana seorang lelaki bergelar suami ketika sang isteri sedang bergelut menghadapi sakaratulmaut? Bila melihat dia menangis aku menjadi jelak..cukuplah sudah lakonanmu wahai lelaki!
Biarlah.. aku tidak layak mengadili. Aku juga tidak mahu terburu menjatuh hukum. Aku tidak menuduh dia sebagai penyebab kematian arwah. Memang sudah takdir dan ketentuan Ilahi. Menjelang usianya 39 tahun kakakku Rasyidah Yaacob pergi menghadap azali. Al- fatihah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.
Biarlah aku dianggap sekeras kerikil. Namun kemaafan bukankah dendam yang terindah?
Kasihku kini dikau pergi
Kau tinggalkan diriku sendiri
Ke mana harus kucari ganti
Senyuman yang semanismu
Kini kau tiada lagi di sisiku
Kukehilangan tempat bermanja
Kau pergi tanpa kerelaanku
Hatiku luka hampa dan kecewa
Hanya kenangan terukir di dada
Bersemadi dalam sanubariku
Jiwa membara memendam rasa
Tersemai seribu pengertian hidupku
Gambar terakhir arwah (Aidilfiri 2003)
Lari…lari…jangan jalan…macam kura-kura…lembab…Mendengar teriakan itu aku mempercepatkan langkah. Namun, dengan berkain sarung dan memegang payung serta fail, langkahku terkedek-kedek..Cis..mentang-mentangle kau PP…geramnya aku dengan seorang senior yang kecil molek tetapi mulutnya mengalahkan petir. Aku memecut mendaki bukit dengan lagak Watson Nyambek walaupun nafas ini semakin semput..
Waktu itu aku baru mendaftar di Universiti Malaya. Minggu Haluansiswa selama seminggu cukup memenatkan. Saban malan freshie baru diarah berlari ke DTC. Kolejku Kolej Kelapan nun di hujung dunia. Balik ke kolej didera lagi menyanyi dan macam-macam…PP Naz, PP Hani, PP Zeus, PP Joe, PP Acik, antara senior yang menjadi pembantu pelajar di Minggu Haluansiswa.
Usai Minggu Haluansiswa, aku ditempatkan di bilik C03..(apa khabar roommateku dulu Ina dan Ayu???) Maka bermulalah transformasiku dari seorang budak kampung nun di Baling menjadi warga Universiti Malaya yang elit ini..aku yang masih mentah untuk mendalami liku-liku kota…
Mulanya aku ni low profile.Bukan apa malu masih menebal. Aku masih ingat projek pertama yang aku join ialaha Pidato IPT. Jadi AJK. Bila dah join Moyatim barulah aku kenal banyak manusia yang sebahagiannya mewarnai kanvas hidupku.(kelak akan kuceritakan..) Kiranya dalam banyak program, Moyatim yang paling akrab denganku. Mana tidaknya di sini aku kenali nama-nama seperti Zaid, Ina(budak Sabah yang pekat dialek Sabahnya) Wati, Ana(orang Kedah jugak) Lynn.. sekadar sebahagian nama. Masa itu pengarah projek Kak Ina. Moyatim ni kira projek motivasi untuk anak yatim. Kolej aku akan pilih anak yatim dan buat program motivasi ,lawatan etc. Kalau bab lawatan AJK dan fasilitator yang lebih daripada budak-budak tu. Apa lagi kalau bab bergambar ada aje yang menumpang. Yang best jumpa peserta yang kiut cam Adam tuh..
Mas kat Eightlah aku kenal sorang mamat ni..ala takdelah hensem pun tapi manis jugak kot.Hu..hu.. kalau ada yang baca sure perasan abis. Kiranya dalam banyak projek yang aku join dia pun menyelit sama. tapi aku dan dia takde chemistry..sometimes aku terluka dalam diam…tapi bila diingat sekarang rasa nak tergelak pun ada…macam mana aku boleh suka ngan mamat tuh…haha…