Wednesday, March 9, 2011

Asam podeh...



My asben suka sangat makan asam pedas. Maklumlah...org Johor katakan. Masalahnya org umahnya pulak bukannya pandai masak asam pedas. Apatah lagi nak lawan hasil tangan kakak ipar (asam pedasnya memang maveles) kalau kt kampung di Baling sana nun, asam pedasnya tak bertumis, ala2 singgang tapi letak cili dgn bawang yang ditumbuk la, pastu tambah air, letak daun kesum, serai, dah pun siap. Oleh sebab asbenku selalu sangat menyuruh masak asam pedas yg sedap macam kakaknya maka dengan patuhnya teman pun menuntut ilmu dari SIL.Uh mau berpeluh gak nak membuatnya. Mula2 buat my asben komen pedas giler. Haha..sebabnya teman taruk cili ada la sekilo. Tapi dah byk kali try macam2 pulak versi yang jadi. Kejap kaler merah, kejap kaler oren, kejap kaler nak kuning2 sket. Nasib tak jadi kaler purple je. So, sapa2 yg nak try boleh tengok resepi kt bawah ye....
bahan-bahan:
Ikan (tenggiri, merah or ikan duri)
3 sudu besar cili kering (dikisar)(kalau suka pedas boleh tambah sukatan)
1 sudu kecil lada hitam (dikisar)
5-6 ulas bawang merah (dikisar)
1 inci belacan(ukur le guna pembaris ek)
1 batang serai (dititik)
Asam keping atau asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Bendi atau terung
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Tumis semua bahan yang dikisar hingga naik bau. Tambah air dan biarkan mendidih. Masukkan daun kesum, bunga kantan ,serai dan terung atau bendi. Kemudian masukkan ikan. Masukkan asam keping atau asam jawa. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih baru diangkat. Sedia untuk dihidangkan.





Thursday, March 3, 2011

Cikgu vs murid


Baru-baru ni keluar pekeliling tentang guru tak dibenarkan menyentuh murid (perlakuan fizikal) waima merotan, memukul, menyekeh kepala, menjentik, mencubit perut, menarik sideburn etc yang sewaktu dengannya kecuali guru besar, dan guru tertentu yang diberi kuasa sahaja. Maknanya sebagai guru biasa termasuklah teman ni, tak dibenarkan langsung melakukan aktiviti yang serupa di atas. Tahniah kepada semua murid sebab selepas ini tidak akan ada lagi guru yang berani merotan anda walaupun anda tidak menyiapkan kerja rumah. Hmm...apo nak buek..teman redha jelah..yelah kalau melawan hukum tabii ni nanti diblacklist kan susah pulak jadinya.

Sebenarnya tugas seorang guru bukanlah mudah. Bukan hanya mengajar murid mengenal huruf tetapi juga segala macam ilmu, adab sopan, akhlak, rumah tangga dan sebagainya. Kalau ada dalam kalangan orang yg katakan tugas cikgu sungguh mudah, kerja separuh hari kan..gaji byk, cuti pun byk, teman dengan segala senang hatinya mengoffer kerja teman kepada org itu utk seminggu sahaja. Memang di atas kertas nampak senang, tapi beban tugas terlalu byk, cikgulah pengganti ibu bapa di sekolah, jururawat( bila murid tercedera terjatuh akibat suka sgt berlari), tukang cuci(bila murid buang air besar dlm seluar) kerani( utk data, kutip yuran, buku adab)selain tugas rutin semak buku murid. Malah kadang2 jd kaunselor tak bertauliah bila murid ada masalah termasuk ibu bapa yg menelefon mengadu hal rumah tangga)Sebab tu teman tak bagi no telefon bimbit teman kepada parents. Kalau ada hal call je pejabat atau datang sendiri jumpa. Sebab masa mula2 posting dulu teman dengan baik hatinya bagi no phone teman dekat parents..Apa jadi?? Siang malam asyik dapat call je..macam-macam aduan dan luahan perasaan..

Kini dunia dah berubah. Tugas guru kini tak lagi dipandang mulia sgt. Malah kadangkala dipandang sinis oleh segelintir pihak yg sudah berjaya dan berkerjaya. Padahal teman rasa unuk dia berjaya sampai tahap sekarang mesti ada cikgu yg mengajar dia dulu kan. Catatan ini bukan bias atau menyokong sebelah pihak. Tetapi sebagai guru, teman rasa teman perlu mempertahankan kredibiliti profesion teman ni. Tugas guru sekarang cukup mencabar. Guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah murid dan ibu bapa. Kalau dulu guru pukul murid, balik rumah bila mengadu dengan mak ayah, alamat cari nahaslah. Malah teman sendiri ada rahsia yang tak pernah teman bagitau emak teman bahawasanya teman pernah kena lempang dengan penolong kanan(nama dah lupa) sebab tak siapkan kerja rumah. Huhu...masa tu teman darjah 5 kot. Kalau sekarang sudah pasti teman akan mintak emak teman pergi balai polis, lepas tu pergi PPD untuk buat aduan..Tapi sekarang kalau jentik sikit je, haha..berduyun2le mak ayah datang ke sekolah. Ada yang advance terus mengadu kat jabatan, malah kalau boleh dia nak jumpa terus ngan Menteri Pelajaran. Itu baru cikgu jentik sikit je. Kalau kena lempang siap bawak lawyer lagi. Ada sesetengah pihak yg berpendapat tak elok guru ni garang, bengis, gunakanlah psikologi, pujukan, dan belaian manja. Memang betullah..tapi kalau dah segala macam tektik diguna pakai tak juga berhasil so apa lagi caranya??Murid sekarang memang terlebih bijak. Siap boleh kutuk cikgu guna Facebook lagi. Memang ada segelintir guru yg panas baran, memukul murid sampai di luar batasan tapi rasanya itu cuma segelintir sahaja. Mungkin mereka gagal mengawal perasaan. Tapi sejujurnya mana ada guru yang suka memukul murid jika murid itu tak melakukan apa2 kesalahan. Rasanya kalau ada, mungkin guru itu perlu dirujuk di hospital jiwa, mungkin dia bercita2 nak jadi tukang pukul tapi terjadi cikgu pulak.

Kadang2 masyarakat kita suka menuding jari kepada org lain, mempercayai secara buta tuli apa sahaja yg diadukan oleh anak mereka. Tapi tahukah mereka..ajaran tu bermula dari rumah. Jika ibu bapa mendidik anak mereka dengan baik, Insya Allah dia akan jadi murid yang baik dan menghormati guru. Kita lihatlah kalau guru tak dibenarkan memukul murid utk tujuan mendidik, apa akan jadi?? Jangan salahkan guru bila anak anda tak menghormati ibu bapa, kurang ajar dan gagal dalam pelajaran. Kata orang dulu-dulu, hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan bila rebung sudah menjadi buluh dan menikam mata sendiri baru nak menyesal. So, fikir-fikirkanlah ye..

Wednesday, February 23, 2011

Kerana dirimu begitu berharga.....


Baca entry dah macam pakar kecantikan pulak teman ni..sebelum ni teman ada baca blog cousin teman pasal kecantikan ni.Teringin pulak menulis isu yg sama. Tapi bukan le nak menciplak idea member tu..Alkisahnya dua tiga malam ni suka benor teman membelek muka yang gebu geban ni lalu terpandanglah ada sikit jeragat kt pipi. Pastu ditambah dengan dua tiga butir jerawat yang syok2 je bertepek kt muka. Alahai nilah masanya nak kena buat facial ni. tapi last masa buat facial muka ni lebam 2, 3 hari baru nak hilang so sejak tu teman macam fobia sket nak g wat facial kat salon. So buat kt umah je..

Dulu2 teman masa single-mingle suka memanjakan muka. Pakai bedak sejuk la, daun pegaga la tapi sekarang ni tak byk sgt masa(alasan je tu) Now teman pakai masker brand Himalaya..ok jugak la tapi jenis peel off ni yg tak tahan..sakitnya masa nak tarik bila dah kering. Kembang kempis gak la hidung ni..tapi nak cantik punya pasal tahan je la. O yea mula2 pakai scrub dulu biar semua daki2 n kulit mati tu lari..dah merah2 muka buang masker tu, cuci ler dengan cleanser n of cos kena letak toner supaya pori2 tu tutup balik. Dan pastu pakai la night krim, anti wrinkle, n segala macam lagi yg boleh ditepek kt muka..

Sebelum ni teman pernah cuba produk SK II. Ala, teman pun nak jadi lawa jugak cam dalam iklan tu lah...tapi muka ni rasanya tak nak produk mahal kot. Sebulan pakai teman surrender sebab muka dah naik ruam n biji2...dah macam muka tapir beranak sulung. Nasib baik beli yg trial set. Kalau tak terbang la RM ni...

Baru-baru ni pulak teman try pakai krim jeragat tapi dah merah n gatal2 pulak muka ni. Terpaksa le pegi farmasi cari krim utk allergic..sebab tgn ni gatal suka picit jerawat balasannya ialah parut kt muka. Puas pulak le teman mengasah kayu manis n tempek kt muka. Husben n anak teman pun naik hairan sebab dua 3 malam ni muka cam hantu K.Limah la pulak. Bertempek ngan kayu manis..sebenarnya kayu manis ni kena asah kt belakang lesung batu. Ala kalau kt umah korang takde lesung carik la mana2 tempat yg boleh diasah..letak air sikit. kemudian letak kat parut yg ada. Memang pedih sikit la lebih2 lagi bila letak kt muka. Tapi setakat ni teknik ni paling berkesan nak pudarkan parut. Tryla..memang berkesan gitu..

Thursday, December 30, 2010

Apa cerita??


Salam...dah lama tak buka blog ni. Bersawang lagi.....Entahlah, nak kata bz sesangat tu idakle, cuma buat-buat bz je. Hari ni hari terakhir dalam tahun 2010..esok 2011 dah menjelma. Rasa sekejap sgt..tup..tup dah hujung tahun. Bermakna bertambah le usiaku. Alhamdulillah setakat ini aku dikurniakan kesihatan yg baik (dah terlebih sihat pun huhu..) karier yang baik, keluarga yang baik. Semoga tahun depan semuanya akan bertambah baik dari tahun ini.

Minggu depan dah nak start sekolah. Hmm..tahun ni masih diberi amanah memegang kelas yg tercorot. Dugaan..tak apalah..harap2 aku dapat laksanakan amanah tu dengan baik, tanpa merungut, tanpa jemu, tanpa hilang sabar.. Tengok list murid pun dah buat aku stress. Dalam 31 org bakal muridku itu, 22nya lelaki...tahu jelah kalau kelas hujung ni kan..hai..kalau tak kurus aku tak tahule..tapi apa kena mengena kurus ngan murid nakal kan?Ya Allah, kauberikanlah kekuatan padaku utk mendidik mereka.

Sebut pasal bukak sekolah ni, yg pastinya shedule aku utk minggu depan dah penuh. Kelas dah kemas, tapi byk benda nak kena upgrade. Buat preparation utk kelas, nak hias kelas lagi ( paling tak kreatif), kutip yuran, buat jadual bla..bla bla...Isy..nasib baik anak tak masuk sekolah lagi, kalau tak aku pun musti bz g sek anak kan.nway..selamat tahun baru utk semua...kepada cikgu2 tu, harap2 anda akan bertambah cemerlang dan terbilang, murid didahulukan, cikgu dikemudiankan, pencapaian diutamakan...

Monday, November 29, 2010

banjir oh banjir

Pukul 11 malam..hari rabu....sekeluarga sedang lepak2 dekat living room. dah siap bentang tilam sebab nak temankan mak yang tidur sorang. Baru je nak lelap dengar bunyi bising2 kat luar. Apa hal pulak malam-malam ni?
Bila menjenguk ke luar halaman rumah jiran yg kosong dah digenangi air. Apa lagi kakakku sebuk suruh angkat semua tilam ngan bantal naik atas rumah.
Eleh.....takde nak sampai umah kitalah, bantahku..malas rasanya sebab aku baru je nak berangan-angan atas tilam. bikin kacau betul.
eh tengokle, air dah sampai depan umah kita la....
wah bukan main laju air ni landing kt depan umah. Kami empat org, mak, kakak, anak sedara separuh nyawa menggulung tikar getah kt ruang tamu. Huhu...semput..rasa nak putus urat kentut pun ada wakakaka...
midnight je air dah penuh dlm umah. Tapi takdelah aku nak main air sebab dah tgh malam. ngantuk le. kalau banjir siang buleh jugak aku main air. makanya aku pun pergilah tidur dgn lenanya sampai kul 4 pagi...bila air dah surut sket aku tolak le segala lumpur tu sorang2. tapi penat beb umah aku bukan kecik..banyak sangat bilik2...lastly aku sambung tidur balik.bila pagi je aku tgk abg ipar aku dah buat operasi basuh umah hehehe...tq bro....
nantilah...aku postkan gambar banjir....

Wednesday, October 6, 2010

Sepasang kasut raya

"Ayah, bila nak beli kasut raya Amar?"
"Nantilah Amar, ayah tak ada duit sekarang ni, nanti lepas raya ayah belilah."
Si ibu hanya mendengar kata-kata suami dan anak sulungnya dengan perasaan yang terharu. Lebaran kian dekat tapi satu persiapan pun belum dibuat. Pening kepala si ayah memikirkannya. Jangankan kasut raya, baju anak-anak pun belum dibeli. Apa lagi baju isteri dan bajunya sendiri. Sudah lama dia tidak bertukar baju raya. Tak mengapa, tapi rengekan si anak menyulam duka di dada. Apalah yang bisa dimengerti oleh anak- anak akan kesusahan dirinya. Pendapatannya sebagai pemandu teksi hanya cukup untuk perbelanjaan sehari-hari. Adat menumpang di rumah mertua, harus menghulur sepuluh dua. Permit teksi harus dilangsai setiap bulan. Bil air pun perlu dibayar. .Nak mengadu pada siapa? Saudara mara sudah lama membuang dirinya.
Pun lebaran datang jua. Ipar duai memenuhi rumah mertua. Setiap keluarga bergaya dengan warna tema masing-masing. Namun si ayah sekeluarga hanya menyarung baju lama, tak sedondon pun. Ahh, apalah sangat nak sedondon, asalkan berbaju sudah.
Tahun ni si ayah ditugaskan memasak nasi beriani. Maklumlah, bukan senang semua berkumpul begini. Si suami menurut dengan senang hati. Rayakan setahun sekali. Cuma perasaannya tidak berapa enak tapi dia tidak tahu mengapa? Digagahkan memasak nasi beriani idaman semua.
Hmm..penat rasanya, lepas ni nak tidur lama-lama katanya pada ipar.
Cuti berakhir sudah. Semua ipar duai berangkat pulang ke kota. Selang sehari semua dikejutkan dengan berita.
"Jamal masuk ICU", isteri menangis tersedu2. Ipar duai mula gelisah. Apa kenanya? Keracunan makanankah? Ternyata takdir Ilahi tiada yang dapat menduga. Keesokannya si ayah pergi jua. Tanpa pesan tanpa suara. Teringat janjinya pada si anak. Ayah tak ada duit, nanti dapat duit raya kita belilah kasut yang Amar nak tu. Si ayah pergi tanpa sempat menunaikan janjinya.
Tinggallah derita, tinggallah semua. Buat anak isteriku pandai2lah kalian membawa diri. Semasa hidupku aku tidak dapat memberikan kesenangan pada kalian, harap pemergianku tidak menyusahkan kalian juga.
Berlinangan air mata si isteri melihat wang di tangannya. Semasa hayat si suami, sering keputusan wang kini setelah ketiadaannya mencurah-curah wang sedekah...
Lepas ni nak tidur lama-lama.....
Alfatihah buat arwah Jamaluddin Abdul Kadir..semoga rohnya dalam lindungan Allah selalu....

Monday, October 4, 2010

dah nak periksa ni

Salam..
Dah lama rasanya tak menjenguk blog ni. Member selalu perli blog aku dah bersawang. Yelah namapun laman sesawang kan, so kira ok la tuh. Sebenarnya banyak benda nak dikongsikan tapi masa aku jarang yang cukup. Marah sifu aku (Pn Norma) bila dengar aku cakap takde masa. Sebabnya dia hari2 update blog..Yelah..balik rumah dah malam, mana nak layan suami, anak lagi. Tu belum kira rutin hari2 yang tak pernah habis..Lagipun cerita apa yang nak dikongsi ye. Ada kawan suruh aku cerita tentang pengalaman aku sebagai cikgu. Boleh ke? Macam aku sorang je cikgu kat Malaysia ni. Ada ke yang nak baca??
Sedar tak sedar 2010 dah hampir sampai ke penghujung. Sekejap je. Macam baru awal tahun lagi rasanya. Lagi dua minggu sekolah aku akan adakan ujian akhir tahun atau PKSR 2. Rasanya aku sebagai cikgu yang over risau. Tapi anak muridku enjoy and riang ria je. Sabar je la. Entahlah, situasi sekarang berbeza sangat dengan masa kita sekolah dulu kan. Even parent aku orang kampung, mak aku fultime housewife lagi, tapi alhamdulillah mereka masih ada kesedaran untuk menyekolahkan aku sampai le aku berjaya jadi orang. Parent sekarang (bukan semualah) kerjanya asyik nak komplen cikgu, datang serang cikgu kalau kita pukul anak dia. Sedih bila difikirkan. Patutle ada orang kata kerjaya cikgu ni salah satu kerjaya yang berbahaya di negara kita. Hahaha...betullah, ada cikgu kena tampar ngan parent, kena saman, kena ugut dan macam2 lagi la. Kalaulah cikgu aku dulu ada di tempat aku sekarang, sure kena saman tiap2 hari. Mana taknya, asyik lempang aku je. Apapun aku bersyukur sangat2 pada cikgu yang pukul aku sebab kerana jasa diorang aku jadi orang. (semoga kalian dirahmati Allah selalu)
PKSR ni ujian untuk tentukan kelas tahun depan. Aku selalu cakap ngan anak murid aku, takkan korang nak duduk di kelas hujung je sampai darjah enam? Nak cipta rekod ke? Koman2 naik le satu kelas ke depan. Anak murid aku kadang2 berbulan2 tak datang sekolah. Macam biskut. Kejap ada kejap tak ada. Sampai aku geram hingga terkeluar le ayat " korang ingat sekolah ni mak korang le yang punya. Suke ati je nak datang bila2 masa. Ewah...anak PM pun tak macam tu. Menyirap je darah aku. Terus hilang kecomelan aku masa tu..Hehehe perasan la pulak. Yang parent diorang bukan nak kol aku bagitau. Ntah2 tak taupun anak dia datang ke tak. Rasa nak je aku buat lawatan sosial ke rumah.
Bila pegang kelas hujung ni, aku takleh harapkan miracle tetiba diorang jadi pandai macam Adi Putra tu. At least bila dah besar nanti, koman2 boleh le isi borang untuk mintak kerja. Atau isi borang nikah macam yang aku selalu bebel kat murid aku. Ni dah darjah empat pun tak boleh membaca lagi. Aduhai....aku pun tak tau macam mana nak buat ni. Harap sangat sapa2 yang berpengalaman menangani masalah ni tolonglah kongsikan dengan aku. Kadang2 aku rasa letih sangat sebab rasanya usahaku tak berhasil. Nak bagi air penerang hati mak aku cakap air ru untuk budak yang rajin tapi lambat pikap, tapi kalau dah masuk kategori malas usaha ni bergelen air penerang hati pun tak jalan.
oklah...aku rasa sampai sini dulu...Nak siap2 nak g sekolah pulak..

Monday, June 14, 2010

Kerabu Mangga Bersantan

KERABU MANGGA BERSANTAN















Bahan-bahan

3 biji mangga muda (dibuang kulit dan diracik halus)
1 mangkuk kecil santan pekat

1 biji bawang besar (dimayang halus)

1 inci belacan

5 biji cili padi(boleh ditambah kuantiti mengikut citarasa)

secubit garam

sedikit gula


Cara membuatnya

Mangga direndam dalam air garam. Kemudian diramas dan disejat. Masukkan ke dalam mangkuk. Cili padi ditumbuk bersama belacan dan garam. Masukkan cili, santan pekat dan bawang yang telah dimayang tadi. Tambahkan gula dan sedia untuk dihidangkan.

Ikan Siakap Masam Manis


IKAN SIAKAP MASAM MANIS

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap atau bawal
Sedikit serbuk kunyit
1 biji telur
Sedikit tepung jagung
1 mangkuk kecil sos cili
1 sudu sos tomato
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
5 ulas bawang putih(ditumbuk kasar)
2 inci halia (dimayang)
Garam dan gula secukup rasa
Nenas(dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji cili bulat(capsicum) dipotong dadu


Untuk hiasan
daun bawang dihiris
kacang peas


Ikan dilumur garam dan kunyit kemudian disalut dengan telur dan tepung jagung.
Goreng ikan dalam minyak yang banyak sehingga garing. Ketepikan.
Tumis bahan-bahan yang ditumbuk kasar bersama halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan cili kisar. setelah cili garing, masukkan sos cili, sos tomato dan bahan-bahan yang dipotong dadu.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Tuang ke atas ikan. Taburkan daun bawang dan kacang peas. Sedia untuk dihidangkan.

Saturday, June 12, 2010

Balik Jphor

Baru sampai dari Pontian Johor. Menziarahi bonda mertua..Hmm...balik kampung jugaklah walaupun bukan kampung sendiri kan. Dua hari je sebab suamiku tak dapat cuti lama. Tapi bosan sikitlah sebab tak dapat nak berfacebook dan buka blog.
Rasanya masih belum sempat nak masukkan resepi yang baru. Masa kat kampung sempat masak udang galah masak lemak cili padi. Suami bukan main memuji tak tahulah nak ambik hati ke atau memang betul terangkat. Tapi rasanya yang kedua tu kot sebab selalunya kalau dia puji dua tiga kali tu memang sedap benor le hehe....tapi sayang keenakannya tak dapat nak dikongsikan di blog ini sebab kamera lupa nak bawak balik. huhu....setakat resepi je takde gambar tak bestlah kan..Anyway..mungkin hari lain boleh masukkan gambar tu. Tapi kenalah cari udang galah kat sini. Mahal kot??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails